Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kumpulan Kesenian Pentas Melayu Tradisi (SAKTI) bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan besar hati ingin menjemput anda bersama-sama kami ke Festival Kesenian Rakyat Malaysia 2007 sempena Tahun Melawat Malaysia 2007. Kewujudan masyarakat majmuk di negara ini telah menghasilkan keunikan elemen seni dan budaya yang tersendiri. Kepelbagaian etnik telah melahirkan aliran seni yang berbeza sifat dan pengamalnya. Namun, perbezaan yang wujud tidak pernah membataskan kemesraan dan keharmonian seni budaya Malaysia. Festival Kesenian Rakyat Malaysia akan menggabungkan keseluruhan elemen seni yang mewakili daerah dan semua kaum di Malaysia dalam satu persembahan yang unik, menarik dan harmoni. Semuanya akan berpusat di ibu kota pusat seni antarabangsa. Marilah bersama kami! Berikut adalah butirannya:
Tarikh : 21 November 2007 (Rabu)
Masa : 6:00 petang
Tempat : Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur
Pakaian : Sopan dan kemas
Jika berminat sila emel nama penuh, ID dan nombor telefon ke sakti.mmu@gmail.com atau hubungi salah seorang daripada pegawai kami di bawah ini :
Ahmad Kamarulzaman bin Hamid 019-3952509 YM! tak_tercapai_akalmu
Mohd Zhafri bin Hassan 012-2301445 YM! ayejep
Nur Aqilah binti Umar 012-2454647 YM! qeela_aries85
Layari saktimmu.org untuk maklumat lanjut.
* Bas-bas percuma adalah tajaan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Sila berkumpul di hadapan bangunan STAD pada jam 6:00 petang.


No comments:
Post a Comment