Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kumpulan Kesenian Pentas Melayu Tradisi (SAKTI) ingin menjemput anda ke kelas tarian mingguan kami. Kelas berkenaan akan melibatkan gerak tari menarik seperti tarian zapin, joget, inang dan sebagainya. Butiran kelas berkenaan adalah seperti berikut:
Tarikh : 27 Februari 2008 (Rabu)
Masa : 8:00 malam
Tempat : CR2044
ian : Sukan
Datanglah memeriahkan suasana! Rasai keriangan sambil memartabatkan seni budaya bangsa kita! Kelas ini terbuka kepada ahli berdaftar SAKTI sahaja. Jika bukan ahli ingin turut serta, anda boleh mendaftar sebagai ahli SAKTI dengan yuran sebanyak RM 3.00 sebelum kelas bermula. Sebarang kemusykilan sila ajukan kepada salah seorang daripada individu-individu di bawah:
Ahmad Kamarulzaman bin Hamid 019.3952509 YM! tak_tercapai_akalmu
Putri Anissa Idayu binti Megat Aziz 012.2752063 YM! putrianissa_megataziz
Berikut adalah kalendar Kelas Mingguan Tarian SAKTI untuk makluman semua. Oleh yang demikian, anda diharap dapat merancang jadual terlebih dahulu jika berminat untuk menyertai semua kelas yang telah diatur oleh pihak SAKTI.
Tarikh Tarian
27 Feb 2008 Canggung
05 Mac 2008 Inang
12 Mac 2008 Joget
26 Mac 2008 Wau Bulan
02 April 2008 Zapin
09 April 2008 Latihan Persembahan
30 April 2008 Latihan Persembahan
07 Mei 2008 Persembahan Gala
* Kesemua tarikh di atas jatuh pada hari Rabu.
Layari saktimmu.org untuk maklumat lanjut.
SAKTI – Semarak Seni Bangsa


1 comment:
datang menyibuk utk amik gambar boleh?
Post a Comment